Wednesday 11 November 2009

KONVOKESYEN PRASEKOLAH ZON SKUDAI 2009

Majlis Konvokesyen Prasekolah Zon Skudai 2009 telah berlangsung di Dewan Raya Taman Universiti MPJBT pada hari Khamis 5hb November 2009. Tahniah kepada semua graduan prasekolah dan jutaan terima kasih kepada semua yang turut menjayakan dengan jayanya.











Barisan Guru Besar Zon Skudai yang sedang menungu ketibaan tetamu jemputan Pn Norhayati binti Ja'afar selaku Pengerusi Puspanita Daerah Johor Bahru.






Pasukan kompang, bunga pahar dan bunga manggar dari SK Kompleks Uda.






Ketibaan tetamu jemputan disematkan bunga oleh adik Sazliana binti Sulan daripada Prasekolah SK Taman Perling.




Diiringi masuk sambil dipimpin oleh murid prasekolah SK Taman Perling, adik Sazliana binti Sulan dan adik Nuraliah afrina mohd Radzi.




Tekun menyaksikan persembahan kompang berirama dan tarian rampai.







Mendengar amanat dan pesanan daripada Pn Hajjah Thalasawati selaku pengerusi prasekolah zon Skudai dan seterusnya ucapan perasmian oleh Pn Norhayati binti Ja'afar.








Selamat menjamu selera, persiapan dan hidangan adalah persembahan SK Taman Universiti 2 den Catering dari SK Kompleks uda.








Barisan graduan prasekolah SK Taman Perling sabar menunggu giliran untuk menerima sijil diatas pentas.
sampai jumpa lagi di tahun depan. Terima Kasih.





..






Read more...

Thursday 5 November 2009

LAWATAN PENANDA ARAS KE PULAU LANGKAWI

Pada 30hb Oktober, rombongan Guru-guru Prasekolah Daerah Johor Bahru telah mengadakan lawatan penanda aras ke beberapa buah prasekolah di Pulau Langkawi. Berikut sedikit gambara tentang lawatan tersebut.



Sebelum bertolak sempat juga mendengar sedikit amanat daripada PPDR, En Jamarudin Abd Rahman di dalam bas.


Ketika dalam perjalanan, masing-masing lena diulit mimpi. Berhenti dihentian R & R air keroh untuk minum malam dan R & R Bukit Merah untuk menunaikan solat fardu subuh.




Menikmati sarapan nasi lemak daun pisang sumbangan bapak mertua. Terasa sedap sangat dan berasa, maklumlah beras baru. Rasa macam nak lagi jer.





Ketibaan kami dijeti Kuala Perlis disambut oleh JU Prasekolah Perlis (berbaju hijau) sambil dihidangkan laksa Perlis.




Pemandangan didalam feri dan sekitar kawasan jeti Kuala Perlis.






Memandangkan perjalanan yang jauh dfan memenatkan, didalam feri pun masih sempat tidur lagi. Tilam empuk la yang diimpikan agaknya.







Membuat kunjungan salam ke Haji Ismail Group untuk meninjau-ninjau apa yang dipamirkan dan berangan-angan untuk memilikinya.








Kunjungan ke kilang gamat. borong la segala macam produk gamat.







Langkawi Cabble Car, tidak sah sekiranya tidak menaiki kereta kabel pulau langkawi.






Sekitar Pemandangan dikawasan Prasekolah SK Langkawi, bersebelahan dengan PPD Langkawi.




Pemandangan dikawasan Beras Terbakar Padang Mat Sirat, dan menikmati Ikan Bakar Pulau Langkawi.




Pemandangan dikawasan makam Mahsuri, Telaga Mahsuri, Rumah Tinggalan Mahsuri, Panggung Mek Mulong dan galeri sejarah.




Penulis sempat mengambil gambar di Dataran Lang dan Kapal layar Jalur gemilang yang digunakan oleh Dato' Azhar Mangsur mengelilingi Dunia.



Sarapan terakhir sebelum meninggalkan Pulau Lagenda ini.



Wah, bukan main berselera sekali menikmati laksa penang sumbangan Cikgu Aida (SK Impian Emas) sekeluarga. Keluarganya berbesar hati menjamu kunjungan kami seramai 40orang.
Ambilkan saya buah Delima,
Masak sebiji di balik daun,
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
Terima kasih daun keladi,
kami datang nak makan laksa lagi.
Johor Bahru destinasi dituju. Terima kasih kepada semua...................
..

Read more...

Design by Dzelque Blogger Templates 2008

Unit Prasekolah PPD JB - Designed and Mentained by ZAINAL SOMINGAN